Pegawai menteri kesal hantaran FB isu BMF disalah tafsir

Iklan
Ali Muda

SHAH ALAM - Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ali Muda kesal hantarannya di Facebook yang mendesak penyokong kempen Buy Muslim First (BMF) segera membantu seorang pengusaha cili Muslim dari Perak telah diputar belit oleh pihak tertentu.

Ali berkata, beliau kesal apabila kenyataannya disalah tafsir oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Menurutnya, beliau digambarkan seolah-olah memperlekehkan kempen BMF dan tidak memberikan sokongan kepada pengusaha Melayu dan Muslim.

Iklan
Iklan

"Saya menafikan pernah memperlekeh dan menghentam pengusaha cili terbabit yang mengalami kemerosotan hasil jualan selepas kempen BMF.

"Sebaliknya, saya meminta orang Melayu yang berkempen BMF termasuk Mufti Perlis sendiri supaya segera membantu pengusaha cili terbabit setelah perniagaannya terkesan selepas kempen itu dilaksanakan.

Iklan

"Saya kesal kenyataan saya dianggap Mufti Perlis sebagai memperlekehkan pengusaha Melayu dan Muslim melalui hantaran di Facebooknya dan lebih mengejutkan, tanggapan salah tafsir beliau turut menjadi rujukan pihak lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Dr Mohd Asri melalui akaun Facebook rasminya mengeluarkan kenyataan membidas status Facebook seorang pegawai menteri agama yang didakwanya cuba memperlekehkan kempen produk Muslim.

Iklan

Mohd Asri juga meluahkan rasa hairan kerana ada dalam kalangan umat Islam sendiri cuba memperlekeh usaha membantu meningkatkan ekonomi umat Islam sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa pegawai menteri perlekeh kempen Buy Muslim First