JOHOR BAHRU - Padah melanggar syarat lesen, empat nelayan warga Indonesia yang menaiki sebuah bot pukat tunda ditahan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2), semalam.
Komander PPM2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, meraka ditahan kira-kira jam 9.00 malam, di kedudukan 4.8 batu nautika dari Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.
"Tangkapan dibuat ketika bot ronda PSC 59 mendapati bot nelayan berkenaan sedang menunda pukat dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat orang kru termasuk tekong berusia antara 18 hingga 41 tahun dipercayai warganegara Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Paul berkata, bot tunda itu ditahan kerana melanggar syarat sah lesen mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.