Mayat mangsa lemas ditemui pagi tadi

Iklan

JITRA - Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas sejak dua hari lalu di pintu air Tandop Cegar, Jalan Osman Aroff di sini ditemui terapung hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat K Sasitaran, 22, ditemui ketika anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra melakukan pemantauan di lokasi kejadian pada jam 7.10 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

"Mayat mangsa ditemui terapung di bahagian tepi tandop berkenaan. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan

Mohamadul Ehsan berkata, operasi itu disertai Ketua Pasukan Khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Bustan Karudin bersama sepasukan anggota dengan dua buah jentera dari BBP Jitra termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Turut menyertai operasi ini, Ketua Operasi BBP Jitra, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Che Kob Che Dan dan dua pasukan PPDA dari JBPM Kedah yang melakukan operasi penyelaman sejak kelmarin (khamis) iaitu pada hari mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.

Iklan

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa dipercayai terjun dalam sungai berkenaan sebelum tenggelam secara tiba-tiba pada jam 4.20 petang.

Kejadian itu disaksikan rakan mangsa yang kemudian menghubungi pasukan penyelamat untuk membantu mencari mangsa.