Tiba masa pertahan hak Melayu, Bumiputera

Iklan
Akmal Maradzi

PUTRAJAYA - Sudah tiba masanya seluruh kekuatan parti terutama jentera Pemuda Bersatu dan Srikandi memfokuskan kepada matlamat perjuangan untuk melindungi Melayu dan Bumiputera.

Ketua Pemuda Bersatu Lumur, Akmal Maradzi berkata, nasihat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin dan ahli parti mempertahankan hak bangsa ini merupakan satu amanat cukup penting untuk mengangkat martabat bangsa kita terus maju dan tidak ketinggalan.

Iklan
Iklan

"Inilah masa terbaik kepada pemimpin-pemimin Bersatu terutama di sayap parti untuk fokus bagi mencari lebih ramai lagi ahli mendaftar selepas ini.

"Dengan keahlian yang ramai dan kuat ini, sudah pasti agenda perjuangan parti akan dapat digalas dengan penuh tanggungjawab dan menyeluruh, sekali gus dirasai oleh seluruh umat Melayu dan Bumiputera di negara ini," katanya.

Iklan

Katanya, dalam masa sama Bersatu juga perlu menyahut gesaan Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman supaya lebih banyak ruang dan kedudukan diberi kepada anak muda termasuk wanita muda dalam parti wajalah diberi perhatian.

"Bersatu adalah parti yang mesra untuk orang muda. Kita mesti angkat suara mereka.

Iklan

"Langkah ini bukan hanya membuka lebih banyak peluang dalam kalangan anak muda untuk bersuara, malah mengangkat darjat anak muda itu sendiri bagi menjadi sebahagian daripada kelompok terpenting dalam mengorak kemajuan negara," katanya.

Jelasnya, hasrat murni ini sudah pastinya mampu memenuhi matlamat perjuangan Bersatu itu sendiri untuk mengangkat dan memperkasa agenda Bumiputera dalam kerajaan.

"Orang muda mesti diberi ruang yang secukupnya untuk mereka menimba pengalaman. Sebagai kesinambungannya, golongan ini akan lebih mudah untuk memahami apakah pengisian-pengisian yang akan dinukilkan dalam agenda Bumiputera baharu kelak.

"Akhirnya, mereka akan menjadi jentera paling hadapan dalam memperjuangakan mengenai usaha yang akan dan sedang dilaksana kerajaan menerusi agenda itu," katanya.

Mendepani PRU15, dengan pindaan yang akan dibuat di Dewan Rakyat bagi membolehkan anak muda berusia 18 tahun mengundi dalam pilihanraya, sudah pasti memerlukan persiapan jitu dalam Bersatu itu sendiri.

"Inilah masa yang terbaik bagi Bersatu untuk membuka ruang kepada sayap Pemuda dan Srikandi mencari lebih ramai pemimpin muda untuk diketengahkan.

"Di peringkat sayap Pemuda dan Srikandi, mereka mesti sama-sama teguh memperkukuhkan sayap Bersatu ini, kerana kesinambungan perjuangan sesebuah parti boleh hancur jika pewarisnya lemah dan berpecah belah," katanya.