SHAH ALAM - Twitter @cheminahsayang yang berciap pada jam 7.55 pagi tadi ternyata mengubat rindu netizen selepas akaun milik rasmi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu dinyaktifkan Rabu lepas.
Menerusi ciapan tersebut, baginda memberi penjelasan mengenai keputusan menyahaktif akaun terbabit bukanlah kerana komen negatif warganet sebaliknya atas sebab peribadi.
Namun selepas beberapa jam, akaun itu dilihat kembali dinyahaktifkan tengah hari tadi sehingga mendapat perhatian netizen apabila masing-masing meluahkan rasa sedih.
Seorang pengguna laman sosial itu yang menggunakan nama Nadia berharap agar Raja Permaisuri Agong kembali aktif di media sosial pada satu hari nanti.
"Sedih kerana baginda menutup kembali akaun Twitter tetapi ini adalah pilihan baginda dan kita perlu menghormatinya.
Tuan Ain Husna pula berkata, kemungkinan Raja Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaun Twitter untuk seketika pagi tadi bagi memperjelaskan situasi sebenar berkenaan penutupan akaun sebelum ini.
Menurutnya, netizen dan pengikut akaun tersebut perlu menghormati keputusan baginda dan meneruskan kehidupan harian seperti biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah tutup Twitter, netizen rayu aktif semula