Sebulan ketahui keputusan DNA kebakaran Sungai Lembing

Iklan
Boon Chye (dua dari kiri) merakamkan gambar bersama Fuziah(dua dari kanan) dan Chean Chung (kanan) selepas melancarkan program Tabung be #Smart Bagi Pembangunan Semula Perpustakaan Sungai Lembing di Teluk Cempedak di sini semalam.

KUANTAN - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) warga emas yang maut selepas terbabit dalam kebakaran di Sungai Lembing di sini hanya akan dapat dikenal pasti dalam masa sebulan lagi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Ho dan isterinya, Chow Kim Mui, 70, disyaki terperangkap dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari kedai dua tingkat yang turut dijadikan rumah pasangan itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bomba hanya menemui satu mayat dalam keadaan rentung jam 6 pagi yang dipercayai wanita berdasarkan perhiasan dipakai, namun mereka masih menanti keputusan forensik dan ujian DNA bagi mengesahkan identitinya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, proses memerlukan pasukan forensik mengambil masa yang agak lama kerana membabitkan proses yang amat rumit dan teliti.

Iklan

Menurutnya, bagi mengenal pasti identiti mangsa terutamanya mangsa kebakaran, DNA keluarga diperlukan dan keluarga telah hadir memberikan kerjasama dengan hospital.

"Pihak hospital akan menggunakan sepenuh masa dan melakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mayat membabitkan kerjasama daripada Jabatan Kimia.

Iklan

"Setakat ini, semua identiti mangsa belum dikenal pasti walaupun ramai yang cakap mangsa yang kita lakukan DNA mereka ini mati dalam berpelukan,"

"Namun, kita tidak boleh berfikiran dan mengatakan begitu kerana ujian DNA masih belum selesai dan kita akan cuba selesaikan dalam masa sebulan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada program Better Kuantan Pesta Tanglung dan Pelancaran Tabung be #Smart Bagi Pembangunan Semula Perpustakaan Sungai Lembing di Teluk Cempedak di sini semalam.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung.