55 penduduk ditembak Zionis di sempadan Gaza-Israel

Iklan
Seorang kanak-kanak Palestin diberi bantuan selepas terkena peluru getah dilepaskan tentera Israel semasa bantahan di timur Khan Yunis.

GAZA CITY - Sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin cedera ditembak tentera Zionis semasa bantahan mingguan di sepanjang pagar sempadan Gaza-Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 29 mangsa terkena peluru hidup dan 26 yang lain cedera akibat ditembak dengan peluru getah.

Iklan
Iklan

Selain cedera ditembak, kebanyakan mangsa juga mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Semalam, beratus-ratus rakyat Palestin mengerumuni lima lokasi berhampiran pagar keselamatan berdekatan Semenanjung Gaza untuk mengambil bahagian dalam protes dikenali sebagai ‘Great March of Return'.

Iklan

Protes itu telah memasuki minggu ke-74 sejak tercetus pada 30 Mac tahun lalu.

Perhimpunan setiap Jumaat itu bertujuan meningkatkan tekanan kepada Israel supaya melonggarkan sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 12 tahun lalu.

Iklan

Ia juga bertujuan menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman dan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada 1948. - Agensi