LIMA - Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori dihantar semula ke penjara selepas dibawa ke hospital minggu lalu kerana mengalami masalah jantung.
Fujimori dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu selepas degupan jantungnya tidak teratur selain mengalami sista pankreas.
Iklan
Iklan
Doktornya, Alejandro Aguinaga berkata, ia adalah kali ketiga Fujimori dimasukkan ke hospital dalam tempoh 40 hari.
Fujimori kini sedang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun atas kesalahan pencabulan hak asasi manusia di Lima.
Pada Oktober lalu, mahkamah mengarahkan beliau dihantar kembali ke penjara selepas perintah pengampunannya dibatalkan. - AFP