SEPANG - Anggota bomba mengambil masa hampir satu jam dalam usaha memujuk dan menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari pencawang elektrik dengan ketinggian hampir 50 meter di Kampung Ladang Fermanagh, Taman Teluk Merbau di Sungai Pelek di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada jam 8.31 malam.