Benarkah tanggapan Melayu cepat mengalah?

Iklan
Perkongsian yang dimuat naik Rafizi di laman sosial miliknya.

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini berkongsi tentang topik sejarah di laman sosial Facebook miliknya.

Beliau mengajak masyarakat berfikir mengenai tanggapan bahawa orang Melayu cepat mengalah dan lebih gemar mencari jalan keluar kerana tidak pernah melalui tragedi dahsyat yang memaksa mereka lebih kental, berbanding orang Cina.

Iklan
Iklan

Katanya, tanggapan itu turut mengaitkan penderitaan melalui tragedi akan membina jati diri dan survival, berbanding kebudayaan Melayu yang begitu tenang dan cepat mengalah demi mengelak sebarang tragedi.

"Adakah tanggapan ini benar? Apa hujah dan fakta sejarah yang menyokong, atau menyanggah perkara ini?

Iklan

"Ada yang selalu bertanyakan perkara politik kepada saya. Ada masanya saya bersuara dan beri pandangan. Tetapi sebolehnya, saya ingin kembali juga kepada buku-buku saya, kembali mendalami soalan-soalan seperti di atas," katanya.

Meskipun ia hanya tanggapan, namun katanya, ada beberapa tanggapan yang boleh membantu dalam memahami keadaan semasa, terutama sikap dan latar belakang orang Melayu yang telah mendiami Semenanjung dan nusantara sejak 1,000 tahun lalu.

Iklan

Dalam pada itu, Rafizi turut berkongsi minatnya terhadap sejarah, namun beliau mengakui banyak membaca tentang sejarah Eropah dan Islam, berbanding sejarah Malaysia.

Ia kerana, katanya, sebahagian besar sebabnya ialah kurangnya kajian dan penulisan mengenai sejarah Malaysia, berbanding dua sejarah berkenaan.

"Apakah jenis rumah yang didiami sekitar zaman Melaka? Apakah perang terbesar yang pernah berlaku sepanjang 1,000 tahun lepas di Semenanjung?

"Kenapa tidak ada rekod umum yang menunjukkan orang Melayu menggunakan kuda secara meluas di dalam pertempuran, seperti di kawasan lain di seluruh dunia?," katanya.