KUALA KRAI - Dua pekerja pembersihan maut akibat renjatan elektrik di Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), Stong, di sini semalam.
Mangsa, Mohd Hafiz Arshad, 50, beralamat di Kota Bharu manakala Mohammed Farid Mokhtar, 27, dari Kuala Krai, meninggal dunia di tempat kejadian.
Iklan
Iklan
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, mangsa ke lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Katanya, pada jam 6.15 petang, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk tindakan lanjut," katanya.