Ibu bapa tertua di dunia masuk ICU

Iklan
Mangayamma dan suaminya dikurniakan cahaya mata pertama selepas 57 tahun.

HYDERABAD - Pasangan ibu bapa tertua di dunia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India, seminggu selepas si isteri melahirkan anak kembar pada usia 74 tahun, 5 September lalu.

Erramatti Mangayamma mengalami angin ahmar sejurus selepas bersalin, manakala suaminya Raja Rao, 82, mengalami serangan jantung.

Iklan
Iklan

Pasangan itu berkahwin pada 1962 dan menunggu selama 57 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata menerusi kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) yang disifatkan sebagai keajaiban dalam dunia perubatan.

Dr Sanakayyala Umashankar yang merawat pasangan itu berkata, Mangayamma dimasukkan ke ICU kerana tekanan selepas melalui proses bersalin selama tiga jam dan ditempatkan di unit itu sejak lebih seminggu lalu.

Iklan
Iklan

Pada 2016, Daljinder Kaur dari Punjab, India melahirkan anak pada usia 70 tahun. - Agensi