Mayat terapung di Sungai Golok

Iklan
Mayat mangsa yang ditemui terapung di Sungai Golok di kawasan Tualang.

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Golok di kawasan Tualang, Pengkalan Kubor, Tumpat pagi tadi.

Mayat lengkap berseluar jean dan kemeja-T berwarna biru tersebut ditemui orang awam yang kemudian menghubungi bilik gerakan Pejabat Polis Marin Pengkalan Kubor pada jam 11.35 pagi.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, anggota yang bergegas ke lokasi menemui mayat terapung berhampiran tebing sungai dalam keadaan telangkup.

Katanya, identiti lelaki berkenaan belum dikenal pasti susulan tiada sebarang pengenalan diri ditemui di badan mayat.

Iklan

"Mayat dalam keadaan sudah kembung dipercayai meninggal beberapa hari lalu dan setakat pemeriksaan awal tidak menemui unsur jenayah.

"Siasatan bagaimanapun masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Kelaboran, Tumpat untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Iklan

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil bagi membantu siasatan.