Masjid jadi sasaran Macau Scam

Iklan
Gambar hiasan

KUALA NERUS- Sindiket penipuan sentiasa mencari taktik baharu untuk memperdaya dan memerangkap mangsa.

Terbaru, satu sindiket dikesan menggunakan helah memberikan sumbangan RM500 kepada sebuah masjid di daerah ini sehingga pihak terbabit kerugian RM1,000 sebelum laporan polis dibuat semalam.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, pengerusi masjid berusia 56 tahun menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri pekerja sebuah syarikat penyaman udara di Gua Musang, Kelantan.

"Mesej tersebut memaklumkan pihak syarikat itu berhajat memberikan sumbangan sebanyak RM500 dan meminta nombor akaun bank milik masjid. Beberapa minit kemudian, mangsa dimaklumkan yang wang sumbangan sudah dimasukkan tetapi pihak syarikat tersalah masuk RM1,500."Justeru, wakil syarikat tersebut merayu pihak masjid memulangkan semula lebihan wang sebanyak RM1,000,” katanya di sini.

Iklan

Sumber berkata, mangsa kemudian menerima mesej melalui WhatsApp daripada pengarah syarikat itu yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Datuk Zul Azri'."Mangsa yang berasa tidak sedap hati kemudian berbincang dengan bendahari dan setiausaha masjid sebelum mengambil keputusan memulangkan semula lebihan duit itu,” katanya.

Kata sumber itu lagi, bagaimanapun, setelah membuat semakan, bendahari masjid mendapati tiada duit sumbangan yang masuk ke dalam akaun.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, Deputi Superintenden Hamdan Zali mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang dibuat di Balai Polis Batu Rakit di sini.