KUALA LUMPUR - Koperasi Anak Sains MARA Berhad (Asmara) dilantik sebagai ejen kutipan rasmi bayaran zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAWIP) ke-30 sempena perjanjian kerjasama (MoU) yang dimerterai semalam.
Pengerusi PPZ-MAWIP, Datuk Che Mat Che Ali, berkata, Asmara selaku pertubuhan alumni juga merupakan alumni pertama dilantik sebagai ejen rasmi dalam usaha meningkatkan jumlah pembayar zakat.
Menurutnya, kerjasama seumpama itu perlu diperluaskan dan disambut oleh alumni-alumni lain yang terdapat di Wilayah Persekutuan.
"PPZ-MAWIP berharap alumni-alumni lain dapat mencontohi Asmara untuk bersama-sama PPZ-MAWIP melaksanakan kutipan bayaran zakat seterusnya dapat membantu lebih ramai golongan asnaf," katanya pada sidang media selepas Majlis MoU antara Asmara dan PPZ-MAWIP, di sini, hari ini.
PPZ-MAWIP diwakili oleh Che Mat sendiri, manakala Asmara diwakili Pengerusinya, Proffesor Emeritus Datuk Dr Mydin Sheriff.
MoU berkenaan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Sementara itu, Dr Mydin, berkata, kerjasama berkenaan merupakan satu pendekatan yang memberi manfaat kepada banyak pihak.
"Ini adalah waktunya untuk memberi balik apa yang telah diterima ketika pengajian dan ianya menguntungkan kedua-dua pihak serta rakyat," katanya.
Pada masa sama, Asmara turut memeterai satu lagi perjanjian strategik bersama Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) bagi pembangunan Tabung Pendidikan Ansara yang akan diuruskan oleh Asmara.
Dana peruntukan sebanyak RM2 juta disumbangkan dalam tabung pendidikan berkenaan sebagai satu bentuk kemudahan kepada pelajar untuk menyambung pengajian.