Solskjaer lega atasi Leicester

Iklan
Solskjaer lega selepas The Red Devils mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City pada aksi EPL di Old Trafford, malam semalam.

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menarik nafas lega selepas pasukannya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, malam kelmarin.

Jaringan penalti Marcus Rashford pada minit kelapan memastikan tiga mata berharga di sebalik permainan kurang memberangsangkan The Red Devils sepanjang 90 minit.

Iklan
Iklan

Menurut Solskjaer, dia kurang gembira persembahan pemainnya namun menegaskan ia kemenangan penting untuk memastikan United terus membina momentum mengharungi perlawanan seterusnya.

"Saya tidak mahu menipu diri sendiri. Kami tidak bermain baik. Tetapi kami tidak bolos dan berjaya meraih tiga mata. Ia cukup melegakan."20 hingga 25 minit pertama amat hebat tetapi selepas itu kami semakin hilang penguasaan. Pada penghujung perlawanan, saya fikir kami kembali menguasainya.

Iklan

"Ia mungkin kali pertama sepanjang musim ini, selepas kemenangan ke atas Chelsea, di mana kami perlu bertahan sebagai satu pasukan untuk tempoh yang lama,” katanya.

Dalam pada itu, Solskjaer membidas penyokong Leicester yang mencemuh pertahanan United yang juga bekas pemain The Foxes, Harry Maguire.

Iklan