Dasar baharu kerajaan tingkat pendapatan pekerja bawahan

Iklan
Barjoyai

SHAH ALAM - Dasar baharu diperkenalkan kerajaan yang dikenali sebagai Wawasan Kemakmuran Bersama bakal merubah perspektif kerjaya di negara ini daripada kontrak perkhidmatan kepada pembekal perkhidmatan.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan pekerja bawahan melalui produktiviti dan bukan dengan cara menaikkan gaji.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendapatan pekerja pada masa kini bergantung kepada penggajian mengikut kontrak kerja dengan pihak majikan.

"Pada masa akan datang, pekerja itu pula akan membekalkan perkhidmatan kepada majikan dan dibayar berdasarkan kemahiran serta kepakaran masing-masing.

Iklan

"Kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja sudah bersedia untuk berubah kepada cara kerja ini yang dengan sendirinya mengubah status pekerja kepada usahawan. Majikan juga boleh mengurangkan kos," katanya kepada Sinar Harian.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan kerajaan bersetuju memberi tumpuan terhadap tiga fokus utama Wawasan Kemakmuran Bersama termasuk merapatkan jurang pendapatan pekerja.

Iklan

Barjoyai menyambut baik dasar itu yang disifatkan sangat bagus apabila konsep kemakmuran bersama akan memastikan kekayaan dan kesejahteraan negara dikongsi semua rakyat.

Menurutnya, konsep tersebut adalah lebih luas berbanding dasar diperkenalkan kerajaan terdahulu.

"Namun dasar baharu ini akan menjadi angan-angan sekiranya PH (Pakatan Harapan) gagal menunjukkan sebarang pencapaian yang meyakinkan rakyat dalam tempoh tiga tahun ini sebelum PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

"Lihat seperti mana yang berlaku kepada dasar modal insan diperkenalkan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang kurang memberi kesan kerana masa singkat," katanya.