PSB Kedah hulur sumbangan

Iklan
hli PSB bergambar bersama Pusat Jagaan Anak Yatim Al Muniroh Pendang.

PENDANG - Pertubuhan Seniman Berzaman (PSB) Kedah telah melakukan kutipan dalam kalangan ahli bagi membolehkan mereka memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pengerusinya, Naim Haidar berkata, terbaru pihaknya telah memberi sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak Yatim Al Muniroh Pendang.

Iklan
Iklan

Katanya, sumbangan ini dilakukan setiap bulan dan menyasarkan penerima yang berbeza.

"Kita adakan kutipan dalam kalangan ahli, ada ahli yang memberi sumbangan beras, wang dan juga pelbagai barangan makanan.

Iklan

"Kesemua sumbangan ini kita bawa dan berikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.

Menurut Naim, pemberian sumbangan diberi secara rawak tanpa mengira latar belakang politik.

Iklan

"Kita sangat berharap dengan sedikit sumbangan kita ini ia mampu menceriakan wajah-wajah anak yatim yang telah kehilangan ibu bapa," katanya.

Tambah Naim, pihaknya akan meneruskan kerja amal sebegini bagi memastikan pihak yang kurang berkemampuan dibantu.

"Kita juga turut mengalukan sumbangan daripada masyarakat luar bagi membolehkan ramai lagi golongan dapat dibantu," katanya.