Penantian puluhan tahun bakal berakhir

Iklan
Penduduk Kampung Jebak Puyoh gembira bakal menikmati kemudahan jalan raya menghubungkan kampung mereka.

JABI - Impian penduduk Kampung Jebak Puyoh, di sini, untuk menikmati kemudahan jalan berturap sejak sekian lama bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, keperitan penduduk yang terpaksa melalui jalan becak dan berdebu sejak puluhan tahun lalu akan menjadi sejarah apabila mereka bakal menikmati kemudahan jalan tar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, komitmen beliau untuk menangani isu jalan menghubungkan kampung itu dengan jalan raya utama di Kampung Kerandang dan Pondok Paku dimulakan sebaik sahaja dilantik sebagai wakil rakyat.

"Sebaik diberi mandat, saya telah berbincang dengan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah rakyat di kampung berkenaan.

Iklan

"Sesungguhnya ia melalui proses yang panjang dan berliku,” katanya.

Beliau yang juga Adun Jabi berkata, penduduk di kampung itu tidak dapat menikmati kemudahan jalan yang baik sejak zaman merdeka.

Iklan

Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana impian penduduk akhirnya tertunai selepas berjuang dan berdepan dengan proses yang agak rumit.

"Kita tunaikan sedikit janji kita sejak kempen PRU13 lagi tapi kita tak menang.

"Lepas PRU14, Saya sangat bersyukur kepada ALLAH mempermudahkan urusan ini.

"Syukur sekarang proses penurapan jalan sedang berjalan, kita sujud syukur kepada ALLAH,” jelasnya.