'Jual rumah bukan macam jual pisang goreng'

Iklan
Zuraida

KEPALA BATAS - Cadangan penjualan hartanah kepada pembeli luar di bawah Skim Malaysia My Second Home (MM2H) bertujuan mencairkan keadaan ekonomi negara selain membantu memulihkan industri perumahan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamarudin berkata, justeru pengkritik cadangan berkenaan mungkin tidak faham dengan konsep ekonomi negara ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ini terdapat banyak hartanah dan projek rumah mewah termasuk bangunan komersial yang bernilai kira-kira RM100 bilion tidak terjual di negara ini.

"Cuba bayangkan kalau kita tak selesaikan semua hartanah ini, 10 tahun akan datang landskap negara hanya akan kelihatan banyak bangunan terbengkalai, bangunan kotor dan uzur.

Iklan

"Adakah kita mahu melihat negara menjadi seperti itu? Pastinya tidak dan kita akan menyesal. Jadi kita perlu menangani semampu boleh dari sekarang, namun penjualan hartanah yang akan dilakukan bukan seperti menjual pisang goreng dan dibuat sesuka hati tetapi ada prosedur dan syarat-syaratnya," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Seberang Perai di sini pagi tadi.

Zuraida berkata, jika industri perumahan beku akan memberi kesan kepada 140 industri hiliran yang berkaitan dengan pembangunan serta industri perumahan.

Iklan

Katanya, sudah tiba masa kementeriannya berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti pakej skim MM2H untuk mencari mekanisme perlaksanaan cadangan berkenaan.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) bimbang cadangan untuk menarik pembeli dari China bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual bakal memberikan kesan tidak baik.

Usaha kerajaan itu dikhuatiri akan menggalakkan pemaju membina lebih banyak hartanah mewah pada masa akan datang dan mengabaikan peranan menyediakan kediaman pada harga berpatutan kepada rakyat.