PENYANYI terkenal, Zamani mengakui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang sudah dikenali sejak lebih lima tahun lalu.
Bagaimanapun, dia tidak menetapkan sebarang tarikh mahupun merancang hari bahagianya itu kerana mahu memberi tumpuan terhadap rawatan sakit belakang yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.
Ujar figura berusia 47 tahun ini, doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit Skoliosis, yang mengakibatkan tulang belakang membengkok. Kebiasaannya tulang belakang pesakit penyakit ini akan membengkok kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’.
"Selepas berakhirnya Gegar Vaganza (GV), Insya-Allah saya akan teruskan karier seperti biasa. Alhamdulillah impak dari program ini juga sudah dirasai.
"Namun saya juga akan rehat seminggu dua untuk teruskan rawatan sakit belakang. Jika perlu, mungkin saya kena rehat lebih lama lagi.
"Sejak menghidapi penyakit ini, saya tidak boleh berdiri lama ketika buat persembahan dan nak tarik suara pun susah. Adakalanya memang mengganggu juga.
"Doktor pun ada cadangkan untuk menjalani pembedahan, memandangkan makin banyak tulang yang bengkok. Tapi bila diterangkan kesan iaitu saya mungkin lumpuh, jadi saya tak mahu lakukan.
"Jadi sebab itu saya mahu memberi tumpuan untuk baikkan dulu tulang belakang dan selepas itu barulah fikirkan untuk mendirikan rumah tangga," katanya yang mengesan penyakitnya itu sejak menyertai Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).
Tambah Zamani, selain bergantung dengan ubat tahan sakit, mendapatkan rawatan dari doktor, dia juga merancang untuk menjalani rawatan alternatif iaitu akupunktur.
"Sebenarnya pihak Pengasih ada bawa saya untuk jalani rawatan alternatif menerusi akupunktur dan satu lagi rawatan tapi saya tak ingat namanya. Namun silap saya kerana tidak follow up balik kerana sibuk.
"Insya-ALLAH kita tengoklah selepas ini, mungkin saya akan cuba," katanya.
Dalam pada itu, ditanya tentang identiti wanita yang berjaya bertakhta di hatinya, Zamani berkata, sikap wanita tersebut yang memahami dan banyak membantunya telah membuatkan dia selesa berkawan dengan wanita terbabit.
Bagaimanapun dia belum bersedia berkongsi gerangan wanita tersebut, bagi mengelakkan malu sekiranya apa yang dirancang tidak berlaku.
"Bagi saya dia seorang wanita yang baik, dia boleh terima saya seadaanya, banyak membantu saya, faham saya.
"Sekarang ini bagi saya di bahagian saya tidak ada masalah, cuma saya risau keluarga tak boleh terima.
"Tapi kalau saya ke peringkat seterusnya saya akan maklumkan pada semua. Siapa yang tak nak kahwin kan. Lebih-lebih saya yang dah berumur," katanya.