MPS jawab isu pemindahan peniaga Pasar Selayang Baru

Iklan
Keratan laporan Sinar Harian.

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akhirnya bersuara isu proses pemindahan peniaga Pasar Selayang Baru ke bangunan baharu yang didakwa tidak telus dan berat sebelah.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, bangunan pasar yang mempunyai 295 unit itu telah mempunyai sijil menduduki (CF) dalam tempoh enam bulan bermula 16 Jun sehingga 15 Disember 2018.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak empat kali bancian antara April dan Mei lalu dilakukan bagi memastikan peniaga yang benar-benar layak dipindahkan ke lokasi baharu.

"MPS juga telah menetapkan kriteria kelayakan dengan pemohon mestilah warganegara, menguruskan sendiri tapak niaga, satu tapak kepada setiap pemohon yang berjaya dan perniagaan yang dijalankan bersesuaian tapak baharu.

Iklan

"Peniaga yang telah mengemukakan borang permohonan akan dipanggil untuk sesi temuduga, yang layak akan ditawarkan tapak," katanya dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Mohamad Zin turut menafikan dakwaan persatuan peniaga berhubung keengganan MPS untuk berunding dengan mereka.

Iklan

"MPS telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama persatuan. Sebanyak tiga program dibuat bersama persatuan penjaja antara Julai hingga Ogos

"Antara isu dibincangkan adalah melibatkan penjaja haram, cadangan pengezonan, kaedah temuduga penjaja, bangunan pasar dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata, proses pemindahan adalah mengikut prosedur dan turut mengambil kira pandangan semua pihak.

Beliau turut berharap peniaga yang ditempatkan ke pasar baharu dapat memberikan kerjasama dengan mematuhi syarat yang ditetapkan MPS.

Sinar Harian bertarikh 3 September lalu dengan tajuk Peniaga Desak MPS lebih telus melaporkan aduan isu agihan tapak dan pemindahan peniaga Pasar Selayang Baru ke bangunan pasar baharu selepas hampir separuh permohonan peniaga ditolak.