Bayi meninggal dunia akibat jerebu

Iklan
Beberapa kanak-kanak bersama keluarga mereka ditempatkan di sebuah klinik yang digunakan sebagai tempat perlindungan sementara selepas Pekanbaru dilanda jerebu teruk sejak beberapa minggu lalu.

JAKARTA - Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang, Sumatera Selatan dilaporkan meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan dan kawasan pertanian.

Jerebu turut menyelubungi beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.

Iklan
Iklan

CNN Indonesia melaporkan mangsa, Elsa Pitaloka mengalami kesukaran bernafas pada Sabtu lalu.

Kampung yang didiami keluarganya di Talang Buluh, Banyuasin telah diselubungi jerebu toksik selama beberapa minggu dan turut menjejaskan kira-kira 800 isi rumah.

Iklan

Ibu bapa Elsa kemudiannya membawa bayi itu ke Palembang untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang (waktu tempatan) semalam.

"Pakar memaklumkan kematiannya akibat jangkitan pernafasan akut (ISPA) yang berpunca daripada bakteria. Tetapi, kita belum dapat pengesahan kerana pemeriksaan menyeluruh belum dilakukan ke atasnya.

Iklan

"Elsa dilahirkan sebagai bayi sihat dan normal serta tidak mempunyai sebarang penyakit. Masalah pernafasan itu menyerangnya secara tiba-tiba,” kata wakil dari kampung Talang Buluh, Agus Darwanto.

Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Banyuasin, M Hakim berkata, Elsa dipercayai meninggal dunia akibat radang paru-paru kerana menghirup zarah jerebu toksik.

"Kami menggesa penduduk memakai topeng muka kerana kualiti udara kini berada pada tahap berbahaya,” tegasnya. - Agensi