Dr Mahathir tegaskan Modi tidak minta Zakir diekstradisi

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada permintaan ekstradisi pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik diminta oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Jelas beliau, perkara itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan dengan pemimpin tersebut semasa Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-5 di Vladivostok, Rusia baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Tidak banyak negara mahu dia (Zakir). Saya berjumpa dengan Modi. Dia tidak meminta untuk lelaki ini," katanya dalam temu bual dengan BFM's Breakfast Grille pagi ini.

Sebelum ini media India melaporkan bahawa Modi meminta Dr Mahathir mengambil langkah untuk mengekstradisi pendakwah kelahiran India itu yang dikehendaki New Delhi atas dakwaan menghasut keganasan dan pengubahan wang haram.

Iklan

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, Dr Zakir tidak lagi dibenarkan untuk bercakap secara terbuka berikutan ucapan peribadinya yang termasuk mengatakan bahawa orang Cina harus dihantar kembali ke China dan menuduh rakyat Malaysia yang beragama Hindu menjadi lebih setia kepada Modi.

"Dia bukan rakyat negara ini. Dia telah diberikan, saya fikir oleh kerajaan sebelumnya, status penduduk tetap.

Iklan

"Seorang penduduk tetap tidak sepatutnya membuat sebarang komen mengenai sistem dan politik negara ini. Dia telah melanggarnya. Dia kini tidak dibenarkan bercakap," katanya.