Saudi dakwa senjata Iran digunakan dalam serangan

Iklan
Kejadian serangan ke atas kemudahan minyak Saudi itu menjejaskan separuh keluaran minyak global. Foto Agensi

SANAA - Siasatan awal Arab Saudi menunjukkan senjata Iran digunakan dalam serangan ke atas salah satu kemudahan minyak utama di negara itu.

Riyadh bagaimanapun tidak menyalahkan Teheran secara terus berhubung kejadian serangan tersebut yang telah menjejaskan separuh daripada keluaran minyak global.

Iklan
Iklan

Jurucakap gabungan Arab di Yemen, Turki al-Maliki berkata, siasatan terhadap serpihan senjata yang digunakan ketika kejadian tersebut menunjukkan ia adalah milik Iran.

"Laporan awal juga menunjukkan ia tidak dilancarkan dari Yemen sekali gus bercanggah dengan dakwaan dibuat pemberontak Houthi yang mengaku mendalangi serangan tersebut dengan dron jarak jauh dilengkapi enjin canggih," jelasnya.

Iklan

Menurutnya lagi, mereka kini sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti lokasi pelancaran.

Sementara itu, Rusia yang merupakan sekutu Iran menggesa semua pihak tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang siapa dalang serangan itu. - Agensi

Iklan