GRANDE-SYNTHE - Polis Perancis akan membawa keluar kira-kira 1,000 orang dari sebuah gimnasium yang dijadikan kem pendatang berhampiran pelabuhan utara Dunkirk selepas mahkamah memutuskan ia tidak selamat untuk diduduki selain menjadi lubuk penyakit.
Pada Disember 2018, Datuk Bandar Grande-Synthe membuka gimnasium itu kepada keluarga pendatang yang mencari tempat perlindungan akibat cuaca sejuk.
Iklan
Iklan
Sejak itu, ia berubah wajah dengan menempatkan ratusan pondok kayu untuk penempatan serta kemudahan memasak dan mandi.
Kebanyakan pendatang mendiami kem tersebut adalah rakyat Afghanistan dan Kurdis yang berharap memasuki Britain.
Kerja-kerja memusnahkan kem dan memindahkan pendatang bermula Khamis selepas jam 8 pagi (waktu tempatan).
Pada 4 September lalu, sebuah mahkamah di Lille mengarahkan gimnasium itu ditutup berikutan aduan daripada pihak berkuasa dan penduduk tempatan berhubung keganasan, sampah dan kehadiran penyeludup dalam kalangan pendatang.
Kerajaan pusat mengumumkan rancangan menutupnya pada Mac lalu. - AFP