KABUL - Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban manakala 31 lagi cedera dalam satu letupan berhampiran perhimpunan pilihan raya yang dihadiri Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, hari ini.
Ghani dijangka menemui penduduk di Charikar dekat wilayah Parwan ketika serangan yang disyaki dilancarkan kumpulan militan berlaku.
Iklan
Iklan
"Wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh dan kebanyakan mangsa adalah orang awam. Bilangan mangsa mungkin meningkat memandangkan usaha menyelamat masih dijalankan," kata jurucakap hospital, Abdul Qasim Sangin.
Pegawai kerajaan tempatan percaya serangan dilakukan pengebom bunuh diri.
Sementara itu, pembantu Ghani memaklumkan pemimpin itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan terbabit. - Agensi