Wanita Myanmar menangis ditahan Imigresen

Iklan
Wanita berusia 23 tahun yang ditahan bersama anaknya berusia 2 tahun di tapak pembinaan perumahan di Jasin Bestari di sini hari ini.

JASIN - Hasrat seorang wanita warga Myanmar untuk bekerja di tapak pembinaan di negeri ini tidak berpanjangan setelah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Melaka dalam serbuan di sini hari ini.

Wanita berusia 23 tahun dan tinggal bersama anaknya berusia dua tahun di tapak pembinaan di Jasin Bestari menangis teresak-esak ketika ditahan lebih-lebih lagi segala dokumen pengenalan diri miliknya didakwa telah hilang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia mendakwa dokumen peribadinya diragut beberapa hari lalu dan terpaksa menanggung kesukaran itu bersendirian kerana suaminya kini berada di Johor.

"Saya datang sini untuk mencari rezeki, saya datang ke sini masa remaja lagi lebih 10 tahun lagipun negara saya susah," katanya ketika diminta penguat kuasa Imigresen untuk mengambil pakaian kanak-kanak berusia dua tahun itu di rumah kongsi mereka.

Iklan

Sebahagian PATI yang ditahan dalam Op Bersepadu di dua lokasi berbeza iaitu Alor Gajah dan Jasin.

Sementara itu, Penolong Pengarah Imigresen Kanan negeri (Ketua Bahagian Penguatkuasaan) Nar Azaman Ibrahim berkata, wanita itu antara 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak perempuan yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Jasin Bestari dan Durian Tunggal, Alor Gajah.

Iklan

Menurutnya, selain itu empat lelaki warga Bangladesh; 54 lelaki dan sembilan wanita warga Indonesia; lima lelaki dan seorang wanita serta dua kanak-kanak warga Myanmar dan seorang lelaki warga Pakistan ditahan.

"Kesemua PATI yang ditahan berusia antara dua hingga 46 tahun itu didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

"Mereka yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan bekerja secara tidak sah," katanya.