Bawa masuk warga asing: Pegawai Imigresen, wanita ditahan

Iklan
Gambar hiasan

SEPANG - Polis menahan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan membawa keluar dan masuk warga asing ke negara ini.

Menurut sumber, pegawai dan wanita berkenaan ditahan untuk pemeriksaan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA yang melakukan rondaan selepas terserempak sebuah kereta Hyundai Sonata.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan terhadap kereta dipandu seorang wanita tempatan berusia 45 tahun itu menemui kotak disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Kata sumber itu lagi, pemeriksaan pada beg galas milik wanita itu menemui sejumlah wang tunai selain beberapa telefon pintar.

Iklan

Difahamkan ketika pemeriksaan dilakukan, muncul seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai Imigresen berusia 40 tahun dan mengaku kereta itu miliknya.

"Wanita yang disoal siasat mendakwa pasport itu adalah milik rakannya yang didakwa berada di luar negara dan akan memasuki Malaysia,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung tangkapan itu.

"Tangkapan itu dibuat 1.30 tengah hari semalam selepas anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) KLIA mendapati kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.