KDN tambah baik SOP, tukar kakitangan di tempat sensitif

Iklan
Alwi

KUALA TERENGGANU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus menambah baik sistem perkhidmatan dan prosedur operasi standard (SOP) semua jabatan dan agensi di bawahnya bagi mengelak salah laku pegawai dan kakitangan.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Alwi Ibrahim berkata selain itu, pihaknya juga akan melihat semula keperluan untuk penukaran kakitangan terutama di tempat-tempat sensitif yang banyak berurusan dengan orang ramai sebagai langkah 'menutup ruang' bagi sebarang salah laku.

Iklan
Iklan

"Memang penukaran pegawai dan kakitangan ini telah ada panduannya dalam jabatan kerajaan supaya mereka yang duduk di tempat sensitif ini ditukarkan dari semasa ke semasa bagi mengelak masalah-masalah sebegini daripada berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual MyKad: KDN arah Ketua Pengarah JPN beri kerjasama penuh

Iklan

6 termasuk pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual MyKad

"Saya minta jabatan agar lihat semula mana-mana kakitangan yang sudah lebih tiga tahun umpamanya atau kalau kurang daripada tiga tahun pun kalau tempat itu sensitif, kita boleh ambil tindakan mungkin dua tahun sekali (untuk menukarnya)... kita akan lihat perkara ini dan lakukan sesuatu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Jabatan Pendaftaran Negara di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan beberapa individu termasuk pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang baru-baru ini yang disyaki terbabit dengan sindiket pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah.

Terdahulu Alwi menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada warga emas tertua di Terengganu iaitu Mamat Abdullah yang berusia 118 tahun dan menyampaikan MyKad kepada beberapa penerima pada majlis itu. - Bernama