'Misi pertahan kejuaraan Eropah lebih mencabar'

Iklan
Klopp mengakui cabaran sebenar The Reds pada saingan tertinggi pentas kelab Eropah musim ini adalah mengekalkan mahkota Liga Juara-Juara.

PEMAIN Liverpool diingatkan supaya bersikap realistik bahawa penyandang juara itu bakal berdepan tentangan sengit Napoli di Stadio San Paolo pada saingan Liga Juara-Juara.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, cabaran sebenar The Reds pada saingan tertinggi kelab Eropah musim ini adalah mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara yang dimenangi mereka musim lalu.

Iklan
Iklan

"Pada saya saingan musim ini lebih sengit berbanding ketika kami merangkul kejuaraan di Madrid pada musim lalu. Saya yakin peluang semua pasukan adalah seimbang kerana semua pastinya sudah melakukan persiapan rapi untuk mara ke final kali ini.

"Gergasi Eropah lain seperti Juventus, Paris St Germain, Real Madrid pasti bertekad tampil lebih bertenaga untuk mara ke final di Stadium Ataturk, Istanbul. Bayern Munich pula menambah kekuatan tambahan dengan pembelian Ivan Perisic dan Coutinho.

Iklan

"Jadi saya tiada masalah untuk mara sekali lagi ke final Liga Juara-Juara musim ini, cumanya pada ketika ini kita kena realistik dan Liverpool kena bermula dari bawah mengalahkan pesaing-pesaing lain,” katanya.

The Reds akan membuka saingan kumpulan E menentang skuad kendalian Carlo Ancelotti yang hampir menyingkirkan gergasi Liga Inggeris pada peringkat kumpulan.

Iklan

Pada masa sama bekas pengendali Borussia Dortmund itu menegaskan bahawa adalah sukar untuk menyaksikan sekali lagi persembahan luar biasa kelab Inggeris pada saingan pentas Eropah itu.

"Peluang kelab Inggeris sama seperti kelab Eropah lain, saya lihat tiada sebarang kelebihan untuk dominasi kelab Inggeris kerana semua pesaing pasti menampilkan barisan lebih berkualiti,” katanya.

Untuk rekod, Liverpool yang membawa misi memburu kejuaraan Eropah kali ketujuh musim ini diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Napoli, Salzburg dan Genk.