Melaka United azam raih tiga mata

Iklan
Zainal Abidin Hassan

MELAKA United berazam meraih tiga mata pada aksi terakhir Kumpulan D berdepan PDRM di Stadium Hang Jebat malam ini sekaligus menempah slot suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berkata, biarpun memiliki ‘sedikit’ kelebihan dari segi pungutan mata, namun skuad Hang Tuah itu pastinya mahu menamatkan saingan kumpulan dengan kemenangan.

Iklan
Iklan

Malah menurut Zainal Abidin, pihaknya menjangkakan tentangan sengit daripada PDRM yang pastinya mahu ke suku akhir pada perlawanan berkenaan.

"Biarpun nampak ada kelebihan, tetapi bagi saya kedua-dua pasukan, malah kesemua empat pasukan dalam Kumpulan D ada peluang yang baik (ke suku akhir) dan ini menjanjikan saingan sengit umpama pertandingan akhir,” katanya kepada Sukan Sinar.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Melaka United kini berada pada kedudukan teratas Kumpulan D dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan dua tewas.