Tukang paip jadi 'hero'

Iklan
James Anderson - Foto PA

BURNLEY - Seorang tukang paip dari bandar Burnley, England mendapat gelaran hero gara-gara memberi perkhidmatan memasang dan membetulkan paip secara percuma kepada pelanggan kurang berkemampuan.

James Anderson mula memberi perkhidmatan tersebut sejak melancarkan semula perniagaannya sebagai syarikat tidak berdasarkan keuntungan.

Iklan
Iklan

Kebaikan bapa kepada lima orang anak itu mendapat perhatian ramai setelah bil perkhidmatan oleh syarikatnya, Depher yang dimuat naik ke atas talian menunjukkan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada seorang pelanggan wanita warga emas berusia 91 tahun yang juga menghidap leukemia.

Menurut Anderson, dia mendapat inspirasi menubuhkan Depher selepas melihat seorang lelaki tua dilayan buruk oleh seorang jurutera.

Iklan

Sejak tahun 2017, Anderson menggunakan sumbangan untuk memberi perkhidmatan murah atau percuma kepada mereka yang memerlukan.

Anderson berkata, meskipun dirinya dibebani hutang susulan penubuhan syarikat tidak berdasarkan keuntungan, dia masih lagi mampu bertahan.

Iklan

"Pada saya hutang adalah hutang, saya rela berhutang sekiranya dapat membantu orang lain hidup dengan baik," kata Anderson. - Agensi