Dua sahabat dipenjara lupus anak kucing parsi

Iklan
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah melupuskan dua ekor anak kucing Parsi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melupuskan dua ekor anak kucing Parsi yang dicuri dengan menjualnya di sebuah kedai kucing.

Tertuduh, Ahmad Al-Faziq Nawi, 26, dan Mohamad Hafiz Mohamad, 36, masing-masing dari Kampung Duyong Besar di sini turut berdepan hukuman penjara tambahan selama sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Iklan
Iklan

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas mereka yang bekerja sebagai nelayan mengaku salah atas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja melupuskan harta iaitu dua ekor anak kucing Parsi berwarna kelabu putih dan kelabu gelap di kedai KT Aquarium, Jalan Sultan Mahmud di sini.

Iklan

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 10.30 pagi pada 9 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, pada 9 September lalu, kira-kira jam 8.30 pagi, dua ekor anak kucing Parsi yang diletakkan di tepi pintu luar rumah di Kampung Pulau Ketam di sini disedari hilang.

Setelah mencari, pemiliknya mendapati kedua-dua ekor anak kucing itu berada di sebuah kedai kucing sebelum meminta pihak kedai membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai tersebut.

Hasil semakan pemiliknya dapati dua lelaki (tertuduh) dikenali sudah menjual anak kucing Parsi miliknya sebelum membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.