Semua sekolah di Selangor ditutup hingga Jumaat

Iklan
Pengawal keselamatan, Puan Norasiah meletakkan pengumuman penutupan sementara di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 di sini ekoran jerebu yang teruk melanda negeri ini hari ini. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Semua sesi persekolahan di sekolah awam dan swasta di negeri Selangor akan ditutup sehingga Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan cuaca jerebu yang sedang berlaku di semua daerah di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan media semalam memaklumkan keadaan jerebu dijangka akan berterusan sehingga minggu depan.

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri Selangor dengan ini mengarahkan semua sekolah awam dan swasta ditutup pada tarikh dinyatakan," tulis kenyataan itu.

Iklan

Menurutnya, pendedahan terhadap jerebu yang berpanjangan akan meningkatkan risiko terhadap kesihatan terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit jantung dan paru-paru serta wanita mengandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: 214 sekolah di Selangor ditutup

Iklan

Katanya, arahan dikeluarkan setelah mengambil kira tahap pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah sistem respiratori dan keselamatan pelajar.

"Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera.

"Penutupan sementara sekolah akibat cuaca jerebu ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas.

"Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memantau perkembangan kualiti udara dan sentiasa berhubung dengan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkaitan

tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika cuaca negara sedang dilanda bencana jerebu," katanya.