27 maut kebakaran sekolah di Liberia

Iklan
Siasatan dijalankan susulan kebakaran di sebuah sekolah di Liberia yang meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa. - Gambar Hiasan

MONROVIA - Sekurang-kurangnya 27 orang kanak-kanak terbunuh susulan kebakaran di sebuah sekolah agama di Liberia, kata pihak polis hari ini.

"Kanak-kanak terbabit sedang mempelajari al-Quran ketika kebakaran berlaku," kata jurucakap polis, Moses Carter berhubung insiden lewat malam semalam yang berlaku di Paynesville, pinggir bandar Monrovia.

Iklan
Iklan

Menurut Carter, kebakaran berlaku disebabkan masalah elektrik dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Terdahulu Carter memaklumkan seramai 30 orang kanak-kanak terbunuh sebelum menurunkan angka kematian kepada 27 orang.

Iklan
Iklan

Dilaporkan, dua mangsa terselamat dibawa ke hospital. - Agensi