Ikan emas jalani pembedahan buang tumor

Iklan
Tumor dalam perut Molly berjaya dikeluarkan selepas 40 minit.

LONDON - Seekor ikan emas seberat hanya 1 gram menjadi pesakit paling kecil menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) selepas doktor haiwan berjaya mengeluarkan tumor dari perutnya.

Ikan diberi nama Molly itu dikejarkan ke hospital selepas pemiliknya mengesan satu ketulan besar di bahagian perut haiwan peliharaan mereka.