Bagaimana jika China 'batuk'?

Iklan
Gambar hiasan

'CHINA berbeza daripada negara lain'. Mantra ini diguna pakai oleh Sinophiles berulang kali dengan semangat keagamaan yang tinggi.

Bank-bank di China boleh terus berkembang tanpa memikirkan hutang yang lapuk, dengan Renminbi (RMB) boleh disokong secara langsung oleh permintaan domestik, PetroYuan akan mencabar Petrodollar dan banyak lagi mitos kewangan yang lain.

Iklan
Iklan

Sepanjang 20 tahun yang lalu, secara metaforanya walaupun para penggembala mengumpul banyak kambing di dalam kawanannya, akhirnya kambing-kambing ini akan bertemu pisau juga suatu hari nanti.

Kita mungkin dapat menyaksikan halangan di dalam"keajaiban” ekonomi China, disebabkan oleh bintang realiti terbesar di dunia yang memainkan peranan utama sebagai musuh kepada China.

Iklan

Satu konvensyen antarabangsa yang diletuskan oleh Donald Trump boleh dikatakan sebagai taktikal dan bukan hanya bombastik ketika beliau menolak pengembangan ekonomi China yang tidak dikawal itu.

'Perang Dagangan' Trump mencetuskan sesuatu yang berbeza dan menyebabkan China tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi.

Iklan

20 tahun yang lalu, AS hanya menutup mata terhadap China dan membolehkan mereka berkelebihan dan berdaya saing.

Kedua-dua Bush dan Obama mengekalkan polisi yang selaras apabila mereka memudahkan eksport berasaskan pembuatan yang menyokong pertumbuhan China.

Kini, China memperluas ekonomi mereka pada kadar AS$12-13 trilion, manakala AS pada kadar AS$21 trilion.

Sementara itu, penduduk di China mengeluarkan sejumlah AS$23 trilion RMB dengan hanya 1 peratus daripada global settlements, manakala dollar AS free-float pada kadar AS$19 trilion sebagai pertukaran de facto di dunia.

Ini mewujudkan modal yang berlebihan daripada lebihan perkadaran. Ia juga menjadikan kuantitatif lebih mudah oleh Persekutuan AS selepas Krisis Kewangan Global (GFC) pada tahun 2008.

Jika kawalan modal dinaikkan pada hari ini, mata wang China pasti akan jatuh menjunam, dan soalan yang akan timbul adalah berapa dalam ianya terjunam.

Hutang lapuk AS dianggarkan kira-kira 2.6 peratus deposit bank, tetapi China, angka rasmi mencecah 9 peratus - sama ada betul atau tidak - diumumkan oleh Parti Komunis China (CPC); angka sebenar Non Performing Liam (NPL) tidak disangkal lagi, lebih tinggi.

Antara bank utama di China, hanya beberapa sahaja bank yang telus mengenai angka ini dan disebabkan itu institusi kewangan global dengan sengaja menghadkan pendedahan kewangan mereka di China.

Apa yang diketahui, terdapat beberapa pengguna Renminbi di luar China dan juga inisiatif-inisiatif seperti Belt and Road (BRI) direka untuk menggunakan lebihan RMB di dalam projek besar yang tidak penting apabila syarikat Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) milik kerajaan China memberi pinjaman dan membelanjakan dana tersebut dalam kalangan mereka sahaja.

Memang benar, tidak ada pasaran kewangan digelar RMB yang lebih besar di tempat lain.

Meskipun usaha keras sudah dilaksanakan, China terpaksa membeli sumber utama mereka seperti minyak, keluli, tembaga dan lain-lain dalam jumlah mata wang Dollar AS.

Dengan mata wang Yuan yang bernilai serendah 12 tahun ke belakang dan kos perang dagangan menelan belanja lebih kurang AS$200 bilion mengikut kos tarif yang melambung, China berada dalam situasi yang teruk walaupun dengan rizab AS$2 trilion di dalam simpanan mereka.

Hakikatnya, China menyedari bahawa mereka perlu melancarkan 'Peperangan Tanpa Batas' bagi menghapuskan 'Penghinaan Berabad Lamanya' oleh Barat.

Ini adalah berdasarkan strategi yang ditulis oleh dua orang profesor dari China, Qiao Liang dan Wang Xiangsui pada 1999 dan strategi tersebut diguna pakai hingga kini.

Intipati strategi itu mengatakan mereka hanya boleh mencabar Amerika Syarikat dengan hanya menggunakan data maklumat dan juga ekonomi, bukanlah ketenteraan.

'Kepulauan Reef' China di Laut China Selatan adalah salah satu cara untuk mendapatkan kedudukan yang sama rata dengan cubaan untuk mengawal Selatan China di mana kebanyakan barangan mereka diambil.

Sekali lagi, Trump membelakangi perkara ini apabila Bush dan Obama tidak pernah lakukannya sama ada dia berada di pejabat ataupun tidak, dasar Amerika Syarikat ketika ini tidak mungkin dilonggarkan.

Ketepikan segala implikasi politik - ulasan ini semata-mata merujuk kepada skop ekonomi - jelas bahawa konvergensi anomalis menunjukkan pertumbuhan eksport yang semakin meningkat perlu didamaikan dengan pantas dan cepat.

Pergolakan di Hong Kong walaupun tidak terancam kepada pucuk pimpinannya, cabaran yang lebih mendalam hanya akan diburukkan lagi kemelesetan ekonomi.

Daripada perspektif Malaysia, sementara perang dagangan ini sekali lagi menggantikan China kepada Amerika Syarikat sebagai rakan perdagangan Malaysia yang terbesar, implikasi pergolakan di China pasti akan mengakibatkan implikasi global.

Boleh dikatakan seluruh dunia akan demam apabila Amerika 'bersin'. Hari ni, kita semua akan selesema apabila China 'batuk'. Adakah kita sudah bersedia?