22 stesen minyak diperiksa di Pontian

Iklan
Sharizan (kanan berdiri) melakukan pemeriksaan bekalan petrol dan diesel di sebuah stesen minyak di Pontian.

PONTIAN - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Pontian memberi jaminan bekalan petrol dan diesel mencukupi bagi jualan harian di daerah ini.

Ketuanya, Sharizan Samat berkata sebanyak 22 buah stesen minyak telah diperiksa bermula pada 26 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, usaha itu akan diteruskan sebagai salah satu langkah bagi bekalan mencukupi untuk pengguna khususnya di Pontian.

"Anggota penguakuasa KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan di stesen-stesen minyak,” katanya di sini, hari ini.

Iklan

Dalam masa yang sama, pihaknya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha stesen minyak dalam soal bekalan bahan api.

"Sebagai pemegang lesen runcit petrol dan bahan api diesel di bawah Peraturan-peraturan Bekalan 1974, pengusaha stesen minyak perlu mematuhi syarat lesen.

Iklan

"Antaranya bertanggungjawab memastikan bekalan petrol dan bahan api diesel sentiasa ada di premis serta cukup untuk bekalan harian.

"Disamping itu juga mereka tidak dibenarkan menutup stesen atau memberhentikan jualan bahan api di stesen tanpa kebenaran,”katanya.

Jelasnya, kegagalan pengusaha mematuhi arahan berkenaan atau sebarang syarat terkandung dalam lesen runcit barang kawalan yang dikeluarkan adalah satu kesalahan mengikut Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22, Akta Kawalan Bekalan 1974.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali bagi kesalahan pertama atau denda RM3 juta bagi kesalahan kedua dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

"Sekiranya pengguna mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan, mereka boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP," katanya.