Pakistan enggan benar pesawat PM India guna ruang udaranya

Iklan
a

NEW DELHI - Pakistan enggan membenarkan Perdana Menteri India, Narendra Modi menggunakan ruang udaranya untuk melakukan perjalanan ke Jerman susulan situasi di Kashmir.

Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi pada Rabu berkata, satu permintaan telah diterima dari India bagi penerbangan perdana menteri pada 20 dan 28 September, namun telah ditolak berikutan tindakan New Delhi dalam isu pertikaian di rantau Jammu dan Kashmir.

Iklan
Iklan

Kementerian Hal Ehwal Luar India berkata, ia mengesali keputusan Pakistan"yang enggan memberi kebenaran untuk penerbangan khas VVIP bagi kali kedua dalam tempoh dua minggu.

"Pakistan harus memikirkan semula keputusannya yang menyimpang daripada amalan antarabangsa yang telah mantap, serta mempertimbangkan tabiat lamanya yang suka memberikan gambaran yang salah berkaitan alasan untuk mengambil tindakan unilateral," kata jurucakap kementerian itu Raveesh Kumar dalam satu kenyataan.

Iklan

Pakistan pada awal bulan ini enggan memberi kebenaran kepada Presiden India Ram Nath Kovind untuk menggunakan ruang udaranya bagi melakukan perjalanan ke Eropah.

Ketegangan antara India dan Pakistan telah memuncak sejak New Delhi membatalkan status autonomi istimewa Jammu dan Kashmir pada 5 Ogos.

Iklan

Hubungan dua hala mencecah paras paling rendah apabila Pakistan bertindak menggantung hubungan perdagangan dan pengangkutan serta mengharamkan filem-filem India sebagai bantahan terhadap langkah itu yang disifatkan Islamabad sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Hubungan komunikasi dan pergerakan orang ramai masih amat terhad di rantau Himalaya itu susulan langkah keselamatan yang belum pernah berlaku dikenakan oleh kerajaan India.- Bernama