KOTA BHARU - Keadaan jerebu di Kelantan tidak banyak berubah apabila dua stesen masing-masing di Kota Bharu dan Tanah Merah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Hamzah Mohamad berkata, hujan serta ribut petir di beberapa kawasan banyak membantu mengekalkan bacaan indeks udara di negeri ini pada tahap sederhana seperti semalam walaupun terdapat sedikit peningkatan.