Mayat lelaki lemas ditemukan

Iklan
Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa yang ditemukan pagi tadi.

KEPALA BATAS - Mayat seorang lelaki yang sebelum ini dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di pantai Kuala Muda, Penaga di sini telah ditemukan pagi tadi.

Mayat Mohamed Zulfadhli Mohamed Johari, 23, ditemui terapung di perairan Kota Kuala Muda, Kedah kira-kira jam 11.20 pagi kira-kira dua batu nautika dari tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Mohd Fauzi Shuib berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat membabitkan beberapa agensi dengan kerjasama nelayan.

Selain bomba, turut terlibat dalam operasi mencari ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam.

Iklan

"Mangsa ditemui lebih kurang dua batu nautika dari tempat dia dipercayai lemas ke arah perairan negeri Kedah.

"Mayat mangsa dibawa ke Kuala Muda, Penaga sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa bersama adiknya, Mohamed Zulhusni, 17, dan rakan mereka, Azlan Asri, 13, sedang mencari kepah tidak jauh dari pantai Kuala Muda.

Ketika kejadian mereka ditarik arus, bagaimanapun Mohamed Zulhusni sempat naik ke darat dan Azlan pula diselamatkan nelayan yang menemuinya satu batu nautika dari tempat kejadian.