Pelantikan batin tidak perlu dipertikai: Jakoa

Iklan
Saiful Zahlan (kiri) bersalaman dan beramah mesra bersama Pengerusi Batin Bentong, Razak Beretong selepas Program Peningkatan Profesionalisme Pemimpin Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang di Hotel Sri Manja Boutiqe di sini hari ini.

KUANTAN - Pelantikan Institusi Batin dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA) tidak boleh dilaksanakan secara demokrasi seperti mana yang dimahukan oleh sesetengah pihak.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Saiful Zahlan Muhammad Azmi berkata, pelantikan tersebut perlu dilakukan secara warisan dan telah diterapkan mengikut adat kepercayaan suku orang asli.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya tidak menafikan terdapat sesetengah batin taraf pendidikannya lemah tetapi itu bukan alasan mempertikaikan pelantikan mereka.

"Sejak kebelakangan ini ada segelintir pihak ketiga mempertikaikan peranan dan kredibiliti batin yang telah dilantik.

Iklan

"Ini merupakan lantikan adat yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka.

"Bukan kita menolak pemilihan secara demokrasi tetapi seboleh-bolehnya kami di Jakoa ingin mempertahankan adat dan budaya resam masyarakat orang asli kerana ini warisan mereka," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Peningkatan Profesionalisme Pemimpin Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang di Hotel Sri Manja Boutiqe di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jakoa Pahang, Johari Alwi.

Saiful Zahlan (kiri) bersalaman dan beramah mesra bersama Pengerusi Batin Bentong, Razak Beretong selepas Program Peningkatan Profesionalisme Pemimpin Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang di Hotel Sri Manja Boutiqe di sini hari ini.

Sementara itu Saiful Zahlan berkata, pelbagai program telah dilaksanakan pihaknya bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kepimpinan batin dan MPKKOA ke arah yang lebih baik dan berkualiti.

Namun katanya, usaha di peringkat akar umbi perlu dilakukan dan diusahakan tanpa mengharapkan sepenuhnya pada bantuan kerajaan.

"Seperti program yang dilaksanakan Jakoa Pahang pada hari ini amat baik dalam memberi pemahaman kepada batin tentang undang-undang atau tatacara pengurusan kewangan serta melaksanakan semua dasar kerajaan yang telah dirancang dengan cemerlang.

"Jakoa Perak baru-baru ini telah melakukan lawatan membawa kepimpinan orang asli di New Zealand dalam usaha mereka mempelajari bagaimana pelaksanaan perkampungan budaya dan kerajaan sana menguruskan orang asli suku Mouri," katanya.

Tambahnya, pihaknya kini juga dalam usaha untuk membukukan prosedur operasi standard (SOP) mengikut adat dan suku kaum orang asli di negara ini yang boleh dijadikan rujukan.