Bersih bidas kenyataan Naib Presiden Bersatu

Iklan
Abdul Rashid Abdul Rahman - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menempelak pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak supaya parti itu dapat mengekalkan kuasa terus dibidas banyak pihak termasuk gabungan reformasi pilihanraya, Bersih.

Bersih dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pihaknya terkejut dengan gesaan Rashid supaya parti itu menggunakan kedudukannya sebagai kerajaan untuk menyalurkan sumber dan projek kepada ketua bahagian.

Iklan
Iklan

"Adakah Rashid dan perwakilan yang bersorak menyokong gesaan itu begitu cepat lupa mengapa rakyat Malaysia menolak Kerajaan BN sebelum ini, pada tujuh bulan yang lalu?,” katanya.

Rashid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 semalam dan disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan.

Iklan

Kata-kata itu selepas Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan membuat gesaan itu.

Dalam kenyataan sama, Bersih juga menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu untuk menangani masalah rasuah dengan mempercepat pelaksanaan reformasi undang-undang.

Iklan

"Bersih juga menyarankan kerajaan untuk menggubal Akta Neutraliti Pentadbiran yang mengawal selia masalah naungan kronisme dan penyalahgunaan sumber kerajaan atau kuasa awam bagi tujuan kepentingan parti pemerintah.

"Perdana menteri perlu menghentikan budaya dan mentaliti menjadikan kerajaan sebagai habuan parti, ini akan menjadikan PH menjadi imej kerajaan lama yang ditumbangkannya,” katanya.

Bersih turut mendesak kerajaan agar segera menggubal Akta Pembiayaan Politik, sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 lalu.