Boikot: Pengusaha stesen minyak dipengaruhi tekanan, emosi

Iklan
Ummi Nasrah (dua, kiri) memantau bekalan bahan api di BHPetrol Jalan Kuching, hari ini. (Gambar kecil: )Azman Hassan

KUALA LUMPUR - Cadangan boikot oleh pengusaha stesen minyak susulan pelaksanaan sistem apungan minyak oleh kerajaan dipengaruhi emosi dan tekanan.

Seorang pengusaha stesen minyak, Azman Hassan berkata, kaedah tersebut akan menyebabkan kerugian dalam kalangan pengusaha selain tidak dibenarkan berbuat demikian seperti terkandung dalam syarat pelesenan barangan kawalan bahan api.

Iklan
Iklan

"Saya tak rasa pengusaha akan melakukan boikot sebaliknya komen sedemikian dilakukan mungkin dalam keadaan tertekan.

"Dalam lesen itu sendiri termaktub yang kita tak boleh nak tutup operasi jadi saya tak rasa perkara itu akan berlaku,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui di stesen minyak miliknya di Jalan Kuching di sini selepas anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan, hari ini.

Azman yang sudah 14 tahun mengusahakan stesen minyak berharap kerajaan dapat menimbangkan kaedah kawalan harga tetap bagi memudahkan pengusaha merancang pengurusan perniagaan.

Iklan

"Kalau boleh kita mahu harga tetap tapi jika perubahan harga terpaksa dilakukan kita harap kekerapannya dilakukan sebulan sekali atau enam bulan sekali. Lebih panjang tempoh itu lebih baik.

"Kalau setiap minggu turun kita akan lihat jumlah bekalan yang ada dan selalunya akan kerugian lebih kurang RM5,000 hingga RM10,000 setiap minggu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Ummi Nasrah Othman berkata, penguat kuasa diarahkan menjalankan pemeriksaan secara besar-besaran sebagai mesej amaran kepada pengusaha untuk pematuhan Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Sejak 26 Disember lalu, KPDNHEP WPKL memulakan pemeriksaan, pemantauan dan menyerahkan notis ke atas 90 stesen minyak sekitar Kuala Lumpur memastikan bekalan mencukupi kepada pengguna.

"Sehingga kini, kami tidak menerima sebarang aduan bekalan habis di mana-mana stesen sekitar ibu kota dan berharap pengguna tidak membuat pembelian panik menjelang 1 Januari 2019,” katanya.

Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 jika sabit salah pengusaha boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama atau denda RM3 juta bagi kesalahan kedua dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.