Jerebu: Indonesia tidak bersedia terima tawaran bantuan Malaysia?

Iklan
Dr Mahathir berucap pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai anti-rasuah (JKKMAR) di Putrajaya. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

PUTRAJAYA - Malaysia tidak pernah bertanya kepada Indonesia berhubung negara itu yang tidak menerima tawaran negara ini untuk membantunya menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia telah menawarkan bantuan kepada Indonesia untuk menangani kebakaran hutan kerana negara ini mempunyai peralatan pengeboman air yang boleh digunakan.

Iklan
Iklan

"Bertanya (Jokowi) mengapa anda tidak mahu menerima bantuan kami? Saya belum pernah melakukannya lagi. Kenapa anda tidak bertanya (Jokowi),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di sini hari ini.

Ditanya bagaimana usaha Malaysia untuk mengawal masalah jerebu, Perdana Menteri berkata:"Kami berdoa agar hujan turun. Kita telah melakukan pembenihan awan dan meminta orang ramai memakai topeng muka.”

Iklan

Mengenai kos terlibat dalam pembenihan awan, Dr Mahathir berkata, beliau tidak menerima maklumat mengenai kosnya.

"Kami menerima cadangan sekarang supaya menggunakan dron untuk membentuk hujan buatan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: Bomba Sri Aman hadapi cabaran kurang air

"Kita boleh menggunakan beberapa dron, bukan satu di kawasan tertentu berkenaan Putrajaya yang teruk terjejas oleh jerebu,” katanya.

Jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia telah melanda beberapa kawasan di Malaysia yang dibawa angin Monsun Barat Daya. - Bernama