Cristiano Ronaldo cari Edna

Iklan
Ronaldo ketika berkongsi kisahnya yang hidup susah ketika zaman kanak-kanak menerusi wawancara bersama ITV. -Foto Agensi

LISBON - Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mencari wanita bernama Edna yang baik hati memberinya burger secara percuma ketika zaman kanak-kanaknya.

Penyerang kelab Juventus berusia 34 tahun itu menceritakan tentang insiden itu ketika wawancara bersama Piers Morgan yang disiarkan menerusi ITV pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

"Kami terpaksa ketuk pintu restoran itu dan minta burger daripada pekerja McDonald’s dikenali sebagai Edna dan dua lagi rakan sekerjanya. Sejak itu, saya tidak jumpa mereka lagi,” katanya.

Menurutnya, restoran makanan segera itu kini telah ditutup.

Iklan

"Saya ada bertanyakan kepada penduduk di Portugal. Tetapi, jika wawancara ini dapat membantu mencari mereka. Saya berasa amat gembira.

"Saya mahu menjemput mereka ke Turin atau Lisbon untuk makan malam bersama kerana saya mahu ‘membalas’ sesuatu,” kata juara lima kali Ballon d’Or yang turut dikenali kerana sifat murah hatinya membantu orang susah.

Iklan

Selepas wawancara itu disiarkan, Morgan menyatakan Ronaldo dan Edna mungkin akan kembali bertemu tidak lama lagi.

"Perkembangan terkini: Kami telah temui Edna,” katanya tanpa memberi butiran lanjut menerusi Twitter semalam. - Agensi