STOCKHOLM - Bumi pernah mengalami zaman ais 470 juta tahun lalu selepas hentaman asteroid antara Musytari dan Marikh menghasilkan awan debu raksasa yang menyekat cahaya matahari.
Kini, menerusi kajian terbaru, saintis merancang untuk mencipta situasi sama bagi menyejukkan iklim yang kini berdepan fenomena pemanasan global.
Iklan
Iklan
Kajian dilakukan saintis dari Universiti Lund di Sweden dan Field Museum di Chicago mendapati 'penemuan tidak dijangka' yang mungkin relevan untuk menangani fenomena pemanasan global jika usaha mengurangkan pembebasan karbon dioksida gagal.
"Keputusan penyelidikan kami buat pertama kali menunjukkan awan debu pada masa itu telah menyejukkan bumi secara dramatik," kata Prof Geologi, Birger Scchmitz yang mengetuai kajian itu.
Difahamkan, saintis kini melihat kemungkinan untuk menempatkan asteroid seperti satelit di orbit bumi yang boleh membebaskan debu halus dan sebahagiannya menyekat cahaya matahari.
Sejak beberapa dekad lalu, penyelidik telah membincangkan pelbagai kaedah tiruan untuk menyejukkan bumi jika berlaku malapetaka iklim yang besar. - Agensi
Artikel Berkaitan