Pemandu, kelindan panik lori terbabas masuk gaung

Iklan
Bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit. Foto - Balai Bomba dan Penyelamat Mantin

NILAI - Pemandu dan kelindan lori membawa muatan ais panik selama kira-kira 30 minit selepas kenderaan dinaiki terbabas masuk ke dalam gaung di Jalan Hutan Lipur Lenggeng, Mantin dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan pemandunya Shamsul Izairee Saadin, 31, cedera ringan manakala kelindan warga Myanmar Ahsan Huson Ahmed, 18, patah kaki kiri.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hidayat Basly berkata, satu jentera dengan 15 pegawai dan anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian.

"Bomba dapati sebuah lori terjatuh ke dalam gaung sedalam 5 meter dan terdapat dua mangsa masih terperangkap iaitu pemandu dan kelindan.

Iklan

"Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa. Seorang daripadanya patah kaki telah dibawa naik ke atas dengan menggunakan alat pengusung,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada paramedik dan dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggeng untuk rawatan lanjut.

Iklan