SUNGAI BULOH - Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan melabel Menteri Besar, Amirudin Shari sebagai seorang yang bongkak berhubung isu perobohan rumah di pinggir Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir kelmarin.
Mat Nadzari akui, beliau terkilan apabila Amirudin mengaitkan isu kebajikan rakyat yang diperjuangkan oleh blok pembangkang sebagai permainan politik.
"Tak wajar seorang menteri besar, seorang pemerintah cakap seperti itu. Itu jawapan orang yang bongkak.
"Pada saya, masalah yang perlu ditangani sekarang adalah nasib penduduk ini yang dibiarkan begitu (duduk dalam khemah), sedangkan mereka cuma ada sedikit permintaan, mohon kerajaan bantu siapkan rumah mereka.
"Nak tunggu Rumah Selangorku siap, (ambil masa) dua tahun lagi," katanya yang ditemui pada sesi perjumpaan bersama penduduk terlibat malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN Roboh rumah: Penindasan kepada rakyat